Love Story of Red Riding Hood (Part 4)

Misaki PureBlood | Friday, April 07, 2017 | |

"Kaylie, awak o.k? Muka awak" belum sempat Zayn menghabiskan kata-katanya, Kaylie jatuh rebah. Nasiblah, Zayn sempat menyambut badan Kaylie dari  jatuh ke atas tanah.

Zayn P.O.V

Kaylie berada dalam pangkuan aku diam, tenang. Aku nak kejut, tapi risau pula kalau-kalau Kaylie terkejut tengok aku ni. 

Rambut Kaylie perlahan-lahan aku usap, lembut. Serius cantik, warna rambut koko, lembut sangat macam rambut baby. Bulu mata Kaylie halus warna koko, pipi yang kemerah-merahan aku cubit perlahan. Comel sangat tengok budak ni tidur. Erm, nak kata tidur tu, tak adalah tidur sangat kan, sebab Kaylie 'macam' pengsan sekejap, tadi... Budak ni tak nak juga bangun, memang jadi mangsalah pipi dia ni. 

Cucuk pipi budak serigala nipoke* 

"Ahahahahaha, pipi merah bulat macam ikan buntal," tak dapat aku nak tahan gelak. Habis lupa peristiwa yang menggerunkan tadi. 

"Ermmmmmpphh," aku terdengar keluhan perlahan dari mulut Kaylie. Hah sudah, budak ni dah bangun. Tangan aku yang asyik main poke-poke pipi Kaylie terus gelabah aku tarik. Kaylie buka matanya perlahan-lahan terus memandang tepat pada mata aku. Aku pun tengok ke dalam anak mata Kaylie yang bewarna hazel, sumpah cantik gila. Kenapa lama sangat main tenung-tenung ni. Aku pula yang gelabah. Dah lebih seminit, kenapa Kaylie tak bersuara.

"Owh, sorryI thought you were an angel." Kaylie menggaru-garu kepalanya yang tak gatal sambil bangun dari dakapan aku sambil menepuk-nepuk habuk tanah yang melekat di bajunya.

"I am a what?" Aku pura-pura tak dengar apa yang Kaylie cakap sebentar tadi. Sedangkan, dalam hati ni excited semacam. Erk... tetiba aku rasa macam aku ni pulak yang serigala. Lol.

Kaylie kelihatan menggelabah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Kejap dikuis-kuisnya tanah. Tak sanggup aku nak tengok sebab aku pun rasa malu tiba-tiba. 

Memandangkan hari dah makin gelap, and sebelum semuanya terlambat. Maksud aku sebelum serigala sepupu Kaylie datang secara tiba-tiba lebih baik aku ajak Kaylie balik rumah nenek aku.

Kaylie P.O.V

Mati-mati aku ingatkan angel yang riba aku tadi. Rupanya Zayn. Kenapalah jantung aku berdegup kencang? Sedangkan aku baru pertama kali bertemu dengan Zayn. Esok berapa hari bulan? 16 Mei... Takkanlah...

Bahu aku tiba-tiba ditepuk. Aku pandang Zayn dengan mata yang penuh hairan.

"Why are you looking at me like that? Do I have something on my face? or I looks like an angel you mention just now?" Look at that... He heard what I say to him but pretend not to hear it! He just smirk at me. This guy... Aku dapat rasa muka aku panas, malu. 

"Bukanlah....." apa aku nak cakap ye? Aku tak tahu  apa aku nak cakap sebab Zayn boleh buat lawak  yang sangatlah tak lawak untuk hati kecil macam aku ni. 

Errrmmm....

"Jom ikut saya balik rumah nak?" Zayn bagi cadangan.

Apa budak ni merepek? Balik rumah Zayn? Rumah mana satu? Rumah dengan keluarga dia yang dekat town tu ke? Banyak Hunter kowt. atau... pergi rumah Zayn? I mean rumah dia? takkan berdua je? Ehhhhhhhhhhhhhhh....

Perlu ke? Nak saja aku balas macam tu. "Rumah Zayn?" ermmmm "Rumah awak yang mana satu ni?" Aku dah mula rasa gelabah. "Ahahahahahahahahaha," Zayn ketawa sambil mengusap-ngusap rambutnya. "Apa yang awak fikir ni, cik serigala?" Zayn menggeleng-gelengkan kepalanya.

Zayn tiba-tiba merapatkan dirinya dekat dengan aku. Cuma tinggal seinci je jarak aku dengan Zayn. Dia ni dah kenapa??? "Takkanlah, saya nak bawa awak balik dekat town yang saya tinggal, bahaya kalau awak pergi sana. Takkanlah juga saya nak bawa awak balik rumah saya, nanti dekat situ, awak lagi tak selamat, ahahahahahahaha" Zayn tiba-tiba gelak besar. Apa maksud dia dengan tak selamat? Aku tak faham. Nak tanya, tapi nanti kena ejek pulak. Diamkan sajalah. 

Habis tu, Zayn nak bawa aku balik rumah mana? Hah, sudah. Aku dah pening kepala fikir pasal rumah Zayn dari tadi.

"Jom balik rumah nenek saya" tu saja ayat yang Zayn cakap sebelum tangan aku bersatu dengan tangannya dan kakiku hanya menuruti langkah kaki Zayn. Aku pun tak banyak soal bila Zayn cakap macam tu. Walaupun masih tertanya-tanya.

***
Zayn membawa Kaylie pulang ke rumah neneknya. Dia tahu neneknya tidak seperti orang kampung yang lain. Dia tahu, neneknya akan menjaga Kaylie seperti mana dirinya sendiri. 

"Nenek.. Nenek dah tidur ke?" Kain tirai bilik neneknya diselak.

"Belum lagi, nenek tengah mengait baju musim sejuk." matanya hanya tertumpu pada jarum dan benang untuk dikait. 

Zayn teragak-agak mahu perkenalkan Kaylie kepada neneknya. Dia risau juga neneknya akan menyerang Kaylie. 

"Zayn, kenapa kamu tak balik rumah lagi? Bukankah nenek sudah pesan jangan keluar malam. Kalau serigala terjumpa dengan kamu macam mana?" Dahi neneknya berkerut risaukan cucunya. 

"Eh, siapa di belakang kamu tu?" Nenek Zayn cuba menggapai cermin mata yang ada di atas meja bersebelahan katilnya. "Nenek, sebenarnya "OMG, is that you, Rose? You still look's so young.."

Kaylie kelihatan terkejut apabila nenek Zayn memanggil dirinya Rose. Rose sebenarnya adalah ibu kandungnya. 

"Macammana nenek kenal dengan mama saya?" Kaylie bersuara. 

Nenek mengenyit-ngenyitkan mata. Melihat susuk tubuh manusia yang ada di hadapannya. Rupa gadis di hadapannya seiras dengan Rose sahabatnya waktu kecil. Mungkinkah? 

"Kaylie?" 

"Ya, saya Kaylie? Macammana nenek tahu nama saya dan nama mama saya, Rose?" wajah Kaylie penuh dengan tanda tanya. 

"Erm, nenek dan Kaylie berboraklah. Sebenarnya, Zayn mahu meninggalkan Kaylie di bawah jagaan nenek sebentar kerana abang serigala Kaylie sedang memburu Kaylie. Zayn rasa, rumah nenek paling selamat untuk Kaylie buat masa ni." 

"Zayn kena balik rumah, nanti parent Zayn risau," Zayn terus berlari keluar dari rumah tanpa memandang belakang dan memikirkan waktu senja yang makin gelap. Risau pandangan matanya kurang jelas dan dia mungkin akan menjadi bahan makanan serigala sekiranya tidak berhati-hati. Nenek Zayn menggeleng-gelengkan kepalanya. "Haish, budak ni. Orang tak sempat nak suruh jaga diri. Melulu saja keluar, tak tengok belakang langsung!" Nenek Zayn berleter sendirian sebelum menutup pintu rumahnya dan mengunci rapat.

Nenek Zayn memandang wajah Kaylie yang ada di depannya dengan satu senyuma yang tak lekang dari bibirnya. 

"Hari ni, kita berdua sajalah Kaylie. Sebabnya, budak tu dah balik rumah dia. Bolehlah kita bercerita macam-macam hari ni" kelihatan wajah nenek Zayn yang sangat gembira dan excited. Kaylie mengangguk setuju sambil tersenyum. 

Malam ini, Kaylie tak perlu risaukan keselamatan Zayn, nenek Zayn dan dirinya disebabkan dia berada di kawasan yang selamat bersama dengan nenek yang baru sahaja pertama kali dia jumpa. 

-to be continue-
Nampak gayanya, kali ni Misaki ada ubah gaya penulisan siap ada point of view (p.o.v). Maaflah, saya budak baru belajar. :P Dah macam terlampau romance pulak cerita kali ni. Ermmmmm.. so, macammana sambungan kali ni? Menarik tak? Silakan komen XD Misaki suka campur bahasa walaupun salah penggunaan bahasa. Kadang nampak macam moden kadang nampak macam tradisional je. Maaflah ye XD 

8 comments:

  1. mula-mula pening juga baca, tiba-tiba ada p.o.v, baca dua tiga kali baru paham, ada monolog dalaman untuk karakter,

    p/s: adegan romantik makin menjadi-jadi, hu, semoga dipermudahkan untuk release part 5, he

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh owh.... apa boleh buat.. idea datang secara tiba2 XD sorry deh :P masih tengah belajar cara menulis :)

      p/s: ahem... adegan tak pelik sangat.. don't worry :) aamiin.. thanks TT^TT busy sikit nak update :'(

      Delete
  2. I have always wanted to write a story but I don't know how to start lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwwwwww... mine not good start tho TT^TT still learning.. and since Grammar sangat teruk.. projek before nih terpaksa tangguh.. nak je teruskan dengan Grammar yg teruk XD ahahahaha

      Trylah :) well its good ;)

      Delete
  3. assalamualaikum misaki...nak kena fahamkan betul2 cerita ni baru tahu...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam Mama Maszull :) ehehe.. cerita dia confuse sebab campur2 bahasa gamaknya ni TT^TT sorry :'(

      Delete
  4. Baru first time baca cerita ni, pastu pening sorang sorang haha padah tak baca part 1 dulu. Tapi saya nak comment yang cerita ni comelllll hahaa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. biasalah.. sorry kalau pening XD teruskan baca XD (bakpe tak baca part 1 dulu) O.O ngahaha ada lagi.. tapi thankssss sbb kata cerita ni comel >////< ahahahhaha

      Delete